Permohonan Visa Umrah & Ziarah

PERMOHONAN VISA


  • SYARAT – SYARAT DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMPROSESAN VISA UMRAH 2013/2014
  • 1.Passport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan berserta 6 muka  surat kosong.
  • 2.4 keping gambar berwarna berukuran 6 cm x 4 cm berlatar belakangkan warna putih. Bagi wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap) manakala lelaki tidak digalakkan memakai songkok atau yang menutupkan kepala.
  • 3.Kad suntikan ACYW135 @  Surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta.

 

  • BAGI JEMAAH WANITA BAWAH 45 TAHUN/LELAKI BAWAH 18 TAHUN:
  • A)PERGI BERSAMA MAHRAM
  • 4.Salinan sijil nikah bagi wanita yang sudah berkahwin.(COP JABATAN AGAMA NEGERI & WISMA PUTRA)
  • 5.Bagi wanita yang bermahramkan bapanya - Salinan sijil lahir (COP JPN & WISMA PUTRA)
  • 6.Bagi wanita yang bermahramkan adik – beradik lelaki - Salinan kad pengenalan adik-beradik lelaki tersebut dan salinan sijil lahir kedua-dua)(COP JPN & WISMA PUTRA)
  • 7.Bagi wanita yang bermahramkan anak lelaki – Salinan sijil lahir anak lelaki tersebut. (COP JPN & WISMA PUTRA)
    •  
    • B)MAHRAM BERSAMA BAPA TIRI(YANG BELUM KAHWIN)
  • 1.LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik beradik lelaki kandung(COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
  • 2.Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik kandung(COP JPN & WISMA PUTRA)
  • 3.Salinan Sijil lahir anak tiri(COP JPN & WISMA PUTRA)
  • 4.Salinan surat hak jagaan anak dari mahkamah syariah (COP WISMA PUTRA)
  • 5.Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)
  •  
  • C)MAHRAM BERSAMA BAPA TIRI(YANG SUDAH BERKAHWIN)
  • 1.LETTER OF CONSENT dari suami (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
  • 2.Salinan sijil nikah(COP JAWI & WISMA PUTRA)
  • 3.Salinan kad pengenalan suami (COP JPN & WISMA PUTRA)
  • 4.Salinan Sijil lahir anak tiri(COP JPN & WISMA PUTRA)
  • 5.surat hak jagaan dari mahkamah syariah (COP WISMA PUTRA)
  • 6.Jika suami tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)
  •  
  • D)MAHRAM BERSAMA BAPA SAUDARA(SEBELAH BAPA)
  • 1.LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik beradik lelaki kandung(COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
  • 2.Salinan sijil lahir anak,bapa kandung dan bapa saudara/adik beradik lelaki kandung(COP JPN & WISMA PUTRA)
  • 3.Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik lelaki kandung(COP JPN & WISMA PUTRA)
  • 4.Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)
  •  
  • E)i) MAHRAM BERSAMA BAPA ANGKAT(bin dengan nama bapa angkat) 
  • 1.Salinan Surat pengambilan anak angkat( COP WISMA PUTRA)
  • 2.Salinan Surat lahir anak angkat (COP JPN & WISMA PUTRA)
  •  ii) MAHRAM BERSAMA BAPA ANGKAT(bin dengan nama lain)
  • 1.Salinan Surat pengambilan anak angkat(COP WISMA PUTRA)
  • 2.Salinan Surat lahir anak angkat (COP JPN & WISMA PUTRA)
  • 3.Salinan surat perintah mahkamah(COP WISMA PUTRA)                                                                                                                                                                                                             
  •  
  • F)MAHRAM BERSAMA DATUK SEBELAH BAPA
  • 1.Salinan sijil lahir cucu(COP JPN & WISMA PUTRA)
  • 2.Salinan sijil lahir bapa kandung(COP JPN & WISMA PUTRA)
  • 3.LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik beradik lelaki kandung(COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
  • 4.Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)
  •  
  • MAKLUMAN:
  • PASPORT SEMENTARA(BERWARNA COKLAT)- hanya boleh daftar pakej untuk umrah direct sahaja(SV,MH & AIR ASIA)
  • TIDAK SAH UNTUK PAKEJ UMRAH TRANSIT DAN ZIARAH(ISTANBUL, MESIR, OMAN,JORDAN, BAITULMAQDIS,LONDON PARIS, SPAIN, MOROCCO & ABU DHABI)
  •  
  • G)BAGI MUALLAF YANG PERGI BERSAMA SUAMI/ADIK BERADIK LELAKI KANDUNG
  • Salinan kad/surat memeluk agama islam
  • Salinan sijil nikah/salinan sijil lahir kedua-duanya.  
  •  
  • H)BAGI WARGANEGARA ASING 
  • 8.Salinan permit kerja / visa pelajar yang tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan atau salinan kad pengenalan.
  • 9.Permohonan untuk warganegara asing yang tidak mempunyai dokumen di atas tidak dilayan sama sekali kecuali mempunyai hubungan suami isteri dengan warganegara.
    • a.Pembantu rumah yang pergi perlu diiringi oleh tiap – tiap majikan.
    • b.Pekerja warganegara asing perlu disertakan bersama  surat pengesahan daripada majikan tempat mereka bekerja
  • 10.Jika pasport indonesia/thailand/filipina/SUAMI ISTERI memiliki permaustautin tetap(PR) salinan sijil nikah(luar dari malaysia) perlu diendorsed di kedutaan & wisma putra.
  • 11.Deposit RM 500 setiap seorang dan BAKI PEMBAYARAN perlu diserahkan SEBULAN SEBELUM TARIKH PENERBANGAN.

 

  • NOTA :
  •  1) SEMUA DOKUMEN PERLU DISERAH DALAM MASA 30 HARI DARI TARIKH PENERBANGAN.
  •  2) SEKIRANYA JEMAAH GAGAL BERBUAT DEMIKIAN PIHAK  HASANAH  TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM KELEWATAN PEMPROSESAN VISA.

 

HASANAH  tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan visa umrah sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi peraturan – peraturan tersebut di atas.


Arahan Pengurusan,
HASANAH TRAVEL & TOURS SDN BHD



 

PERMOHONAN VISA UMRAH DAN ZIARAH

Para jemaah perlu menyediakan:

Dokumen 1, 2, 3 & dokumen tambahan mengikut keperluan

passportmas


  1. Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
  2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki:Tidak bersongkok /  Wanita: Bertudung)
  3. Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.


Contoh::Visa Umrah

161625 Visitors161625 Visitors161625 Visitors161625 Visitors161625 Visitors161625 Visitors161625 Visitors